Smart ICT Minggu Keenam

7 Julai 2019 | Ak4tiviti Terkini

Kelas Smart ICT ini diadakan pada hari Sabtu, iaitu 06 July 2019. Kelas ini berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet Stungkor Baru. Kelas ini di hadiri 9 orang peserta terdiri daripada komuniti pelajar Kpg. Stungkor Baru dan pelajar Kpg. Selampit. Kelas ini berlangsung selama 3 jam iaitu dari 9.00 pagi sehingga 12.00 tenghari.

Pada kali ini, kelas Smart ICT mengabungkan komuniti pelajar dari Kpg. Stungkor Baru dan Kpg. Selampit. Kelas ini, memberi penerangan mengenai asas ICT, tayangan video KDB dan Advocacy. Selain itu, peserta juga diberi tugasan membuat satu surat rasmi menggunakan Ms. Word. Kelas tamat setelah peserta menyiapkan tugasan yang diberi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali